nak bawak dolan-dolan ke Afrika, China, Australia dan itali entah bila lah gamaknya boleh kami bawa.
sempena trip habis belajar Cik Mah. Keluarga ambil kesempatan untuk menjengah ke Pulau Wan man untuk melihat sendiri Masjid kristal yang sering hebat diperkatakan. Habis segenap pelusuk sudut masjid tersebut kami tinjau, cuba-cuba untuk melihat sejauh mana kehebatan rekabentuknya. Apa pun, kami dapati masjid itu indah sebenarnya. Rumah Allah, tentulah yang terbaik dari rumah-rumah kita. Dari perspektif lainnya, semenjak Masjid Kristal ini dimajukan, ekonomi penduduk-penduduk sekitar bertambah baik. Ini hakikat, setelah Admin perhatikan semenjak mula2 menyusuri laluan yg sama sebelum ini, jauh berbeza. Penambahbaikan fasaliti pun nampak kerata berbeza ke arah positif. Syukur Alhamdulillah. Terengganu pun rasanya mempunyai ikon pelancongan setelah Masjid Kristal didirikan. Ditambah pula dengan adanya taman-taman tamadun Islam yang menarik untuk dikunjungi bila sampai ke sana. Jadi jangan biarkan semua itu rosak dan pudar oleh hujan panas yg berpanjangan, lapangkan masa dan cuba melawat tempat-tempat menarik seperti Masjid Kristal ini dan selain taman tamadun Islam yg berhampiran. Percayalah, sesuatu yg menarik akan diperolehi bila kita sendiri yg menyaksikannya dan bukan ianya sampai kepada kita dari org lain.
credit to : rumah tumpangan sementara Cik Mah (jimat kos penginapan)
No comments:
Post a Comment