keterujaan cucu-cucu bila balik kampung Lepar. . ....
Proses pembikinan kolam untuk projek ternakan ikan dalam sangkar pada waktu gambar ini di rakam dalam tahap 60% sementara memperkemas mana-mana bahagian yang struktur tanahnya kurang kukuh. Lohong-lohong laluan air paya yang datang dari arah belukar hutan belakang kawasan lepar utara 4 juga pada tahap cemerlang kualitinya. Tanpa kandungan asid dan alkali yangberlebihan. Bau dan rasa juga pada tahap yang bagus untuk ternakan ikan air tawar. Jadi harapnya projek ini berjaya. Usaha bapak dan tokmak begitu juga semangat anak-anak, menantu-menantu serta cucu-cucu di tambah dengan doa semoga usaha ini di berkati Tuhan. Confirm ikan Keli menjadi pilihan utama, diikuti dengan mungkin Tilapia Merah, Lampam Jawa, Puyu Thai, Baung dan lain-lain lagi.InsyaAllah.
GAMBAR DARI KIRI : Azizi Imran, Adam cheng, cik Aiza dan ADMIN yg duk snap gambar ler
Doa buat seluruh keluargaku . . .
Banyak cara boleh dilakukan bagi mewujudkan perasaan kasih sayang dan semangat toleransi di dalam keluarga. Cara utama ialah melalui pengetahuan dan didikan agama yang cukup. Selain melalui pendidikan secara formal yang diterima di sekolah-sekolah, setiap ahli keluarga perlu dibentuk dan ditanamkan dengan perasaan kasih sayang dan semangat toleransi melalui tunjuk ajar, contoh teladan, nasihat dan kaunseling serta kawalan yang berkesan. Mereka bukan sahaja disuruh supaya sayang menyayangi sesama ahli keluarga, malah juga kepada binatang peliharaan dan harta benda di rumah. Mereka hendaklah selalu diberi ingat bahawa Allah sangat suka kepada orang-orang yang mempunyai perasaan kasih sayang, suka bekerjasama dan tolong-menolong sesama sendiri.Sebaliknya Allah benci kepada orang-orang yang sering bergaduh, bermusuh-musuhan, tidak mahu bekerjasama dan benci membenci sesama sendiri. Sekiranya berlaku perkara-perkara yang boleh merosakkan hubungan kasih sayang di dalam sesebuah keluarga, setiap ahlinya terutamanya ibu bapa hendaklah segera mencari jalan mengatasinya.Jelaslah bahawa kasih sayang dan semangat toleransi adalah sangat penting dalam sesebuah keluarga. Sekiranya tiap-tiap rumpun keluarga itu tidak mewujudkan satu ikatan yang baik dan harmoni, maka kedudukan sesebuah masyarakat itu akan pincang, justeru bangsa dan negara menjadi lemah. Apabila situasi ini berlaku kemajuan tidak akan dapat dicapai dan masyarakat penyayang tidak dapat diwujudkan. Begitulah pentingnya peranan yang perlu dimainkan oleh setiap ahli keluarga bagi mencapai hasrat yang dicita-citakan.-MAJALAH KELUARGA
Terima Kasih ayah ibu
Terima kasih ibu Terima kasih duhai ayahLahirku kedunia Ku disambut penuh syukurBisikkan azan ke telingaIqamah kalimah nan luhurLahir ku ke duniaKu di asuh mengenal AllahKu di ajar sebut namanyaJuga nabi Rasul muliaSalam sayang ayah dan ibuMendidik ku tak pernah jemuHalalkanlah makan minum kuMaafkanlah salah silap kuTampa maaf dan juga restuHidup ku jadi tak mementuTiada yang lebih bernilaiDari pengorbanan yang suci ituTak berdaya aku membalasnyaMoga ku jadi anak yang bertaqwaJasa-Mu oh ayah dan ibuAkan ku kenang selamanyaHidup saling berkasih sayangMembina keluarga bahgiaPada-mu Allah aku berdoaPada-Mu jua aku memintaRahmati ibu ayah tercinta Ampunilah dosa-dosa merekaPanjang umur murahkan rezekiSejahtera dalam ketaatanMoga berbahgia di duniaDi akhirat beroleh syurgaDaku mengharap redha ibuJuga reda dari-mu ayahHanya itulah yang ku pintaAgar hidupku lebih bermaknaLirik :Amaluddin & Zakaria Sungip(Amal Insyad Production)Lagu : Amaluddin (Amal Insyad Production)
No comments:
Post a Comment