Trip berkubang ke Bukit Gambang Resort City, Pahang Darul Makmur. Bapak tak joint trip ni sebab nak uruskan benih ikan katanya. Awal subuh hari dah bergerak dari Lepar ke Bandar Jengka. Singgah di masjid Bdr Jengka untuk solat subuh, sejurus itu terus gerak ke lebuhraya pantai timur menuju ke Gambang melalui susur lebuhraya Maran. Wahhhh....semua cucu-cucuanda tokmak dan bapak tak sabar nak terjun tiruk, menyelam scuba dan bagai-bagai lain di sanun tu karang. Tiba di exit tol Gambang kami berhenti rehat untuk 'membadok' yang bermaksud makan-makan time. semua juadah menu bekalan dari Lepar terus di keluarkan dari bonet2 kereta. Semua batalion-batalion cucuanda tokmak dah sangap kelaparan, tak sabar untuk sarapan pagi. Menu pagi tu nasi himpit, nasi putih, nasi goreng, ikan goreng, ayam kampung masak kicap,daging rendang, sambal tumis ikan bilis, roll sardin, dan bagai lagi lah. Burrrppp...Alhamdulillah kenyang. Tiba di Bkt Gambang Resort City dalam jam 9.0o pagi, keadaan di resort sesak, padat, crowded, packed, mampat......kebetulan musim cuti sekolah. Adehhhhhh...mujur ada idea yang bijak untuk dapatkan tiket masuk ke theme park secara grouping. Jadi kami dapatlah boarding pass awal sikit berbanding yang lain. Banyak yang perlu Bukit Gambang Resort City perbaiki, dari segi entrence arrangement, food and baverage serta fasaliti-fasaliti lain di sanun tuh. Tak tahu bila pulak kita nak ke sana semula, mungkin tunggu semua kemudahan di sana 100% memenuhi keperluan pengunjung taman air tersebut.
Lewat petang tu, kami semua berangkat pulang. Macam biasa, ada yang terus balik KL, dan ada yang balik kampung Lepar.
* kebetulan jumpa sekali Wak Rohani lepar 1 dengan anak-anaknya, Paman Ran and group serta Abg Zul janggut dari KL (kawan bengkel Sejagat).
No comments:
Post a Comment