kasihnya abang . . . .....
Cuba amati dengan baik serta jujur sedalam-dalamnya dan selami sebentar gambar ini. Sekurang-kurangnya tergerak sedikit naluri hati untuk menerima kenyataan yang 1001 gelagat manusia di luar sana. Terus terang bahawa ADMIN menerima gambar ini dari email. Jelas diperhatikan adik yang masih kecil itu memerlukan abangnya. Lena tertidur mungkin kerana keletihan. Namun ada antara kita memandang sepi perkara-perkara remeh rempah-ratus kehidupan sebegini. Tak kurang juga yang akan memaki hamun, melontar kata-kata kesat, mencaci dan sebagainya kepada segelintir yang kurang bernasib baik seperti ini. Apa hak kita menghukum sesama manusia ketika ini ? Tanpa usul periksa, jangan kita cuba mengandaikan yang bukan-bukan. rasionalnya, Allah S.W.T amat suka kepada manusia yang berbuat baik sesama manusia juga kepada alam nya. Mungkin apa yang boleh kita kongsi di sini dapat memberikan sedikit panduan dan panduan untuk hari2 mendatang. Dan ...yang pasti kita semua adalah manusia. Moralnya, setiap segelintir yang dapat kita perhatikan di sekeliling seperti ini, usahlah kita memburuksangka. Sebaliknya berfikir secara rasional untuk membuat pertimbangan akal sewajarnya.credit to : kempen 'KAMI PRIHATIN'
Doa buat seluruh keluargaku . . .
Banyak cara boleh dilakukan bagi mewujudkan perasaan kasih sayang dan semangat toleransi di dalam keluarga. Cara utama ialah melalui pengetahuan dan didikan agama yang cukup. Selain melalui pendidikan secara formal yang diterima di sekolah-sekolah, setiap ahli keluarga perlu dibentuk dan ditanamkan dengan perasaan kasih sayang dan semangat toleransi melalui tunjuk ajar, contoh teladan, nasihat dan kaunseling serta kawalan yang berkesan. Mereka bukan sahaja disuruh supaya sayang menyayangi sesama ahli keluarga, malah juga kepada binatang peliharaan dan harta benda di rumah. Mereka hendaklah selalu diberi ingat bahawa Allah sangat suka kepada orang-orang yang mempunyai perasaan kasih sayang, suka bekerjasama dan tolong-menolong sesama sendiri.Sebaliknya Allah benci kepada orang-orang yang sering bergaduh, bermusuh-musuhan, tidak mahu bekerjasama dan benci membenci sesama sendiri. Sekiranya berlaku perkara-perkara yang boleh merosakkan hubungan kasih sayang di dalam sesebuah keluarga, setiap ahlinya terutamanya ibu bapa hendaklah segera mencari jalan mengatasinya.Jelaslah bahawa kasih sayang dan semangat toleransi adalah sangat penting dalam sesebuah keluarga. Sekiranya tiap-tiap rumpun keluarga itu tidak mewujudkan satu ikatan yang baik dan harmoni, maka kedudukan sesebuah masyarakat itu akan pincang, justeru bangsa dan negara menjadi lemah. Apabila situasi ini berlaku kemajuan tidak akan dapat dicapai dan masyarakat penyayang tidak dapat diwujudkan. Begitulah pentingnya peranan yang perlu dimainkan oleh setiap ahli keluarga bagi mencapai hasrat yang dicita-citakan.-MAJALAH KELUARGA
Terima Kasih ayah ibu
Terima kasih ibu Terima kasih duhai ayahLahirku kedunia Ku disambut penuh syukurBisikkan azan ke telingaIqamah kalimah nan luhurLahir ku ke duniaKu di asuh mengenal AllahKu di ajar sebut namanyaJuga nabi Rasul muliaSalam sayang ayah dan ibuMendidik ku tak pernah jemuHalalkanlah makan minum kuMaafkanlah salah silap kuTampa maaf dan juga restuHidup ku jadi tak mementuTiada yang lebih bernilaiDari pengorbanan yang suci ituTak berdaya aku membalasnyaMoga ku jadi anak yang bertaqwaJasa-Mu oh ayah dan ibuAkan ku kenang selamanyaHidup saling berkasih sayangMembina keluarga bahgiaPada-mu Allah aku berdoaPada-Mu jua aku memintaRahmati ibu ayah tercinta Ampunilah dosa-dosa merekaPanjang umur murahkan rezekiSejahtera dalam ketaatanMoga berbahgia di duniaDi akhirat beroleh syurgaDaku mengharap redha ibuJuga reda dari-mu ayahHanya itulah yang ku pintaAgar hidupku lebih bermaknaLirik :Amaluddin & Zakaria Sungip(Amal Insyad Production)Lagu : Amaluddin (Amal Insyad Production)
1 comment:
terus terang sy katakan.. sy pun dpt email ni.. dua hari sy menangis.. tak tau knp hati sy begitu tersntuh.. saat sy menaip komen ini pun.. air mata sy bergenang... andai sy yg lihat keadaan ini.. akan sy rangkul anak itu...
Post a Comment